KAMPALA, Uganda 25 Okt. - Seramai 21 orang terbunuh apabila sebuah bas bertembung dengan sebuah trak minyak di selatan Uganda semalam, kata polis.
Polis daerah Nwoya, Komander Moses Okello berkata, 17 orang mangsa mati ditempat kejadian, empat orang mati di hospital dan 12 orang yang dimasukan ke hospital Nwoya dalam keadaan serius.
Okello berkata, kejadian yang berlaku kira-kira 300 kilometer dekat daerah Nwoya itu kerana bas yang menuju ke Kampala itu dipandu laju manakala tahap penglihatan pula rendah.
Menurut polis, kemalangan sering berlaku di Uganda dengan yang melibatkan kematian di jalan raya mencecah 2,000 setahun. - AP
ah!!berita
Sunday, October 24, 2010
Bas bertembung trak minyak- 21 terbunuh di Kampala
3:28 PM
No Comments



