KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, Indonesia pada 10.42 malam Isnin.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gegaran ialah 235 km arah tenggara Siberut, Indonesia dan 649 km barat daya Melaka.
Gegaran turut terasa tetapi tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sementara itu pada 11.20 malam, satu lagi gegaran berukuran 5.1 pada skala Richter dilaporkan di barat daya Sumatera, 343 km dari Siberut dan 870 km barat daya Melaka.
-- BERNAMA
ah!!berita
Monday, October 25, 2010
Dua Gegaran Di Selatan Sumatera
1:50 PM
No Comments



