Monday, October 25, 2010

Kanak-kanak ramai mangsa seksual

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14,643 w:anita dan kanak-kanak menjadi mangsa serangan seksual berdasarkan statistik antara tahun 2008 hingga Ogos tahun ini.

:Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan dan Perundangan Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, statistik itu membabitkan kes rogol serta mencabul kehormatan.

Acryl Sani berkata, daripada pecahan itu, 64.6 peratus adalah kes rogol manakala selebihnya kes mencabul kehormatan.

“Kanak-kanak lebih ramai menjadi mangsa serangan seksual berbanding wanita secara keseluruhannya.

“Mengikut statistik, 53.7 peratus kanak-kanak menjadi mangsa serangan seksual,” katanya sempena Program Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak di Kompleks beli-belah Sogo, di sini, semalam.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil pelbagai langkah bagi melindungi wanita dan kanak-kanak.

Katanya, polis mewujudkan Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) bagi mengendalikan kes membabitkan golongan berkenaan.

Acryl Sani berkata, polis sentiasa proaktif dalam melindungi wanita serta kanak-kanak.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kei serta Penasihat Eksekutif Yayasan Bakti Nusa Malaysia, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Ong Tee Keat berkata, program itu akan terus diadakan bagi melindungi wanita serta kanak-kanak.

ah!!berita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...