PETALING JAYA, 26 Okt (Bernama) -- Lexus Malaysia, sebahagian daripada UMW Toyota Motor Sdn Bhd, mensasarkan untuk menjual 140 unit kenderaan utiliti sport (SUV) RX270 yang baru dilancarkan.
Presidennya, Kuah Kock Heng berkata syarikat telahpun menerima 10 tempahan bagi varian (SUV) baru tersebut.
"Penghantaran pertama akan dibuat pada hujung Januari tahun depan," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan varian baru bagi SUV rangkaian RX di sini Selasa.
Model baru itu dengan kapasiti enjin 2.7-liter, dengan harga di atas jalan (OTR) RM340,000.
Dengan penambahan terbaru ini, syarikat yakin untuk mencapai sasaran jualan sebanyak 410 kereta menjelang akhir tahun.
"Setakat September tahun ini, kami telahpun membuat penghantaran untuk 338 kereta, melangkaui jualan tahun lepas sebanyak 304 kereta serta memenuhi sasaran kami," kata beliau.
Pada majlis tersebut, Kuah juga menyatakan bahawa syarikat akan melancarkan satu model hibrid baru di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur pada Disember tahun ini.
Sejak 2007, Lexus telah menjual 1,048 kereta dan menguasai 33 peratus pasaran SUV di Malaysia dengan rangkaian RX menyumbang 50 peratus daripada jualan syarikat.
-- BERNAMA
ah!!berita
Tuesday, October 26, 2010
Lexus Sasar Jual 140 Unit Varian Rx270 Setahun
6:06 AM
No Comments



