Tuesday, November 2, 2010

Karnival Malaysia Inovatif 2010 Berlangsung Di MITC Bermula 13 Nov

MELAKA, 1 Nov (Bernama) -- Program Karnival Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) peringkat Zon Tengah akan berlangsung selama dua hari di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh bermula 13 Nov ini.

Program yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dijangka menarik lebih 20,000 pengunjung dalam menyokong agenda kerajaan dalam membudayakan kreativiti dan inovasi.

Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS Datuk Abul Wahab Abdullah berkata pelbagai hasil kreativiti dan inovasi rakyat di peringkat akar umbi akan dipertontonkan pada karnival itu yang disediakan oleh penduduk negeri Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

"Negeri-negeri ini terkenal dengan daya kreativiti yang tinggi dalam pelbagai bidang sehingga ke peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita pada pra-pelancaran karnival itu di Bandar Hilir di sini Selasa.

M12010 dijangka dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Bersempena karnival itu, majlis penyampaian hadiah Pertandingan Inovasi peringkat Zon Tengah akan diadakan di mana para pemenang akan mewakili Zon Tengah ke peringkat kebangsaan di Festival Malaysia Inovatif pada 24 hingga 26 November di Bukit Jalil.

Turut diadakan ialah program cabaran Angkasawan Malaysia pada 2010 pada 14 Nov bertujuan untuk mendekatkan program angkasawan dengan masyarakat umum melalui perkongsian pengalaman dan pengetahuan.

Angkasawan Negara Datuk Dr Faiz Khaleed akan mengendalikan cabaran itu yang akan memilih lima calon bagi peringkat Zon Tengah untuk cabaran dipilih ke peringkat akhir juga di Bukit Jalil.

"Sehingga kini sudah terdapat 20 calon untuk cabaran angkasawan setelah program M12010 diadakan sebelum ini diadakan di Kota Kinabalu, Kuching, Terenganu dan Johor Baharu," kata Abdul Wahab.



-- BERNAMA

ah!!berita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...