KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Ancom Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM7.9 juta bagi suku pertama berakhir 31 Ogos, 2010 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM16.19 juta pada tempoh yang sama tahun 2009.
Perolehannya menurun kepada RM371.9 juta daripada RM396.2 juta sebelum ini.
Dalam satu kenyataannya kepada Bursa Malaysia, Ancom berkata kerugian tersebut terutamanya disebabkan oleh keputusan yang lebih rendah yang dicatatkan oleh bahagian kimia industri serta media.
Katanya pemulihan industri kimia yang lebih lemah dari dijangka telah menjejaskan keputusannya.
"Bahagian kimia industri mencatatkan keuntungan mengikut segmen sebanyak RM0.4 juta pada suku tahun yang diulas berbanding dengan RM21.2 juta setahun lalu," menurut syarikat tersebut.
Sementara itu, bahagian media mencatatkan kerugian mengikut segmen yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM6.6 juta berbanding dengan RM2.3 juta setahun lalu disebabkan pemilikan hak-hak media tambahan.
Ancom berkata lembaga pengarah agak optimis terhadap prestasi kumpulan tersebut pada baki tahun kewangan ini.
--BERNAMA
ah!!berita
Tuesday, October 26, 2010
Ancom Alami Kerugian Sebelum Cukai Sebanyak RM7.9 Juta
6:08 AM
No Comments



