WASHINGTON: Amerika Syarikat berusaha memperluas operasi Agensi Perisikan Pusat (CIA) bertujuan menghapuskan kubu militan di Pakistan berdekatan sempadan Afghanistan.
Laporan itu disiarkan akhbar The Wall Street Journal, kelmarin yang memetik pegawai kanan Washington.
Jumaat lalu, Amerika mengambil langkah baru bagi memperbaiki hubungannya dengan Pakistan dengan menawarkan pakej senjata bernilai AS$2 bilion (RM6.4 bilion) tetapi pada masa sama memberi amaran tidak akan bertolak ansur jika berlaku pencabulan hak asasi manusia.
Pelan bantuan lima tahun itu memenuhi permintaan utama tentera Pakistan yang membantu askar Amerika dalam kempen di Afghanistan dan memandang serong bantuan awam Washington kepada negara itu.
Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton berkata pentadbiran Amerika akan bertanya Kongres supaya meluluskan pakej bantuan ketenteraan berkenaan mulai 2012 hingga 2016.
Ia sebagai menggantikan pakej awal yang berakhir selepas lima tahun. Bilangan kakitangan CIA di Pakistan meningkat sejak beberapa tahun lalu tetapi angkanya dirahsiakan. – AFP
ah!!berita



