Saturday, October 23, 2010

Awasi kejiranan

KUALA LUMPUR: Masyarakat perlu berubah sikap dengan ‘menjaga tepi kain’ orang lain supaya perbuatan mungkar, terutama membabitkan gadis yang menginap di rumah sewa, dapat dibendung.
Ini kerana segelintir gadis berkenaan kurang menjiwai dan menghayati agama sebagai panduan hidup hingga sanggup menggadai maruah hanya untuk memperoleh kesenangan.

Malah, ilmu agama yang dituntut ketika di bangku sekolah seakan-akan tidak memberi kesan kerana ilmu itu hanya dipelajari tanpa menjiwainya.

Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah berkata, runtuhnya akhlak remaja pada masa kini berpunca daripada kepincangan dalam diri sendiri.

Katanya, keadaan sekeliling juga mempengaruhi golongan ini terjebak ke kancah tidak bermoral itu, terutama asakan rakan sebaya.

“Ilmu agama kini seolah-olah dijadikan pelengkap kepada subjek yang ditawarkan di sekolah dan mereka mempelajarinya hanya untuk lulus.
“Justeru, tidak hairan ia tidak dijadikan ‘pakaian’ dan panduan dalam hidup,” katanya ketika dihubungi, semalam.


ah!!berita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...