Monday, October 25, 2010

FOREX: Ringgit Naik Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS Isnin apabila mata wang AS itu berada di bawah tekanan jualan, kata para peniaga.

Pada 5 petang, ringgit meningkat kepada 3.0925/0955 berbanding dolar AS daripada 3.1115/1145 pada Jumaat minggu lepas.

Seorang peniaga berkata kenaikan ringgit itu sejajar dengan mata wang Asia lain berikutan spekulasi bank-bank pusat serantau tidak akan campur tangan untuk melemahkan mata wang mereka, selepas ketua-ketua kewangan daripada negara-negara Kumpulan 20 (G20) berikrar untuk mengelak penurunan nilai kompetitif.

"Perjanjian G20 melemahkan dolar AS secara keseluruhan," kata seorang peniaga.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah, turun berbanding dolar Singapura kepada 2.3923/3965 daripada 2.3859/3901 pada Jumaat minggu lepas serta berbanding yen Jepun kepada 3.8392/8434 daripada 3.8272/8328.

Ia juga lemah berbanding euro kepada 4.3391/3442 daripada 4.3194/3242 tetapi naik berbanding pound British kepada 4.8630/8689 daripada 4.8754/8817.



-- BERNAMA
 

ah!!berita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...