LUMUT: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Perak menahan seorang lelaki warga emas dan merampas 13 jenis mercun dan bunga api bernilai RM15,000 di Kampung Datuk Seri Kamaruddin, Seri Manjung, di sini, hari ini.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Perak, Deputi Superintendan Shaari Ariffin berkata atas maklumat orang ramai, pihaknya menyerbu rumah lelaki berusia 65 tahun itu pada jam 9.30 pagi ini.
"Siasatan mendapati warga emas itu menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api kepada pelanggan tetapnya," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu menjual dan menyimpan mercun dan bunga api yang dilarang.-Bernama
ah!!berita
Monday, October 25, 2010
Polis tahan warga emas disyaki jual mercun
4:57 AM
No Comments



