KUALA LUMPUR: Lebuhraya Smart akan ditutup kepada lalu lintas mulai 11 malam esok sehingga 6 pagi Rabu.
Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata penutupan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan sistem terowong lebuhraya berkenaan.
Menurut kenyataan itu lagi orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol Smart 1-300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan.-Bernama
ah!!berita
Monday, October 25, 2010
Lebuhraya Smart ditutup tujuh jam mulai jam 11 malam Selasa
4:57 AM
No Comments



