Sunday, October 24, 2010

Kelantan berhak ke final

KELANTAN berhak menang. Demikian pengakuan kapten pasukan Kedah, Ahmad Fauzi Saari selepas pasukannya kempunan melangkah ke pentas akhir Piala Malaysia apabila tewas tipis kepada Kelantan pada aksi separuh akhir kelmarin.
Dengan serangan bertubi-tubi pasukan Kelantan ke atas Kedah di Stadium Sultan Mohd IV, Ahmad Fauzi berkata anak buah B Sathianathan berjaya mempamerkan aksi mantap apatah lagi dengan sokongan padu penyokong tuan rumah.

“Kami sebenarnya sudah melakukan yang terbaik tetapi apabila berdepan dengan pasukan lawan yang dibarisi ramai pemain berpengalaman, sememangnya ia satu perlawanan yang amat sukar.

“Kekurangan kami hanyalah faktor pengalaman kerana hampir kebanyakan rakan sepasukan adalah muka baru sementara yang lain tidak banyak berbeza,” katanya.


Jelas Ahmad Fauzi, walaupun tewas, dia menganggap pencapaian Kedah melangkah ke separuh akhir sudah cukup membanggakan berbanding pencapaian musim lalu.

“Kami tetap berpuas hati dengan pencapaian musim ini kerana berjaya melangkah sehingga ke separuh akhir. Memanglah rakan sepasukan termasuk pihak pengurusan kecewa kerana tewas dengan Kelantan, tetapi sekurang-kurangnya kami dapat memperbaiki prestasi pada musim ini,” katanya.

Mengulas mengenai aksi penjaga gol, Helmi Eliza Elias yang bertindak cemerlang sepanjang permainan sebelum melakukan kesilapan apabila tertumbuk bola ke gawang sendiri sekali gus memberikan gol tunggal untuk pasukan lawan, Ahmad Fauzi berkata, Helmi sudah melakukan yang terbaik,” katanya.


ah!!berita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...