Sunday, October 24, 2010

Suzuki unjur 1,200 Smash V115 sebulan

SUZUKI Assemblers Malaysia Sdn Bhd menjangka menjual 1,200 unit sebulan bagi motosikal Suzuki Smash V115 yang baru dilancarkan di Shah Alam, semalam.
Pengarah Urusannya Toru Kobayashi, berkata tiga variasi model yang dilancarkan dengan model asas dilengkapi rim sport dan ‘kick starter’.

Model SD pula dilengkapi brek cakera hadapan dan starter elektrik sementara premium SCD dipasang rim sport, starter elektrik dan brek cakera hadapan.



Harganya belum dimuktamadkan, tapi Kobayashi menyatakan model asas berharga RM4,368 seunit serta RM4,597 untuk varian SD dan SCD pada harga RM4,847.

Dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran itu, Kobayashi berkata motosikal itu ditampilkan dengan reka bentuk enjin baru yang memberi tumpuan kepada penggunaan bahan bakar, kuasa yang lebih baik dan lancar serta pengeluaran ekzos yang rendah. — Bernama


ah!!berita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...