ISTIMEWA buat peminat penyanyi Latin pop, Enrique Iglesias, syarikat rakaman Universal Music Malaysia dengan kerjasama Harian Metro menganjurkan peraduan bagi peminat tanah air menyaksikan konsert penyanyi terkenal itu Bangkok, Thailand pada 5 November ini.
Konsert berkenaan adalah sebagai daripada rangka promosi artis kelahiran Madrid, Sepanyol itu untuk album terbarunya berjudul, Euphoria. Pastinya peminat setia penyanyi kacak ini tidak mahu melepaskan peluang keemasan menyertai Peraduan Enrique Iglesias Harian Metro/ Universal Music Malaysia.
Peminat hanya perlu menjawab soalan mudah yang disediakan untuk menonton Enrique Iglesias itu.
Sementara itu, album Euphoria sudah berada di pasaran dan boleh dibeli pada harga RM43.50. Namun pembaca boleh mendapatkannya pada harga promosi RM34.80 dengan menunjukkan artikel ini di mana-mana cawangan kedai muzik Speedy Video dan juga Rock Corner di sekitar Lembah Klang. Tarikh promosi album ini akan berakhir pada 31 November ini.
> Hadiah utama: 1 pakej menonton Konsert Enrique Iglesias untuk 1 pemenang dan pasangannya termasuk tiket pesawat dan penginapan. 1 unit album Euphoria.
> Hadiah sagu hati: 1 unit album Euphoria untuk 10 pemenang bersama hamper sumbangan Universal Music Malaysia.
ah!!berita



