JAKARTA: Syarikat pengeluar sabun Lux di Indonesia mendakwa sudah menemui pengganti Luna Maya sebagai ‘Bintang Baru Lux Indonesia.’
Syarikat berkenaan akan mengumumkan bintang baru itu dalam satu majlis di Jakarta hari ini.
Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Komunikasi Korporat Lux, Maria Dewantini ketika dihubungi wartawan akhbar Internet, Detikhot, menerusi telefon, semalam.
“Memang benar kami akan mengumumkan pengganti Luna Maya esok (hari ini),” kata Maria.
Dia enggan memberitahu pengganti tertuduh kes video lucah itu lebih awal.
“Datang saja ke majlis itu. Kami akan mengumumkannya,” kata Maria.
Sebelum ini, beberapa artis telah disebut-sebutkan untuk mengganti kekasih Ariel Peterpan itu.
Sebuah tabloid wanita mengulas peluang beberapa nama pengganti Luna Maya, termasuk pengacara MTV, Rianti Cartwright yang dikatakan menjadi calon terbaik.
Bintang filem ‘Ayat-Ayat Cinta’ itu dianggap mempunyai kecantikan, kepintaran dan tingkah laku terpuji.
Bagaimanapun, Rianti dibayangi oleh Pevita Pearce artis yang pernah termasuk dalam senarai 15 artis paling cantik Indonesia.
Selain dua artis berkenaan, nama lain yang dikatakan turut mempunyai peluang mengganti Luna ialah Dewi Sandra, Carissa Putri dan Syahrini.
Ralin Ramansyah yang menjadi peserta pusingan akhir pertandingan Ratu Cantik Indonesia pada 2008 juga dikatakan boleh memberi cabaran selain Dian Sastro.
Ralin sebelum ini muncul dalam pelbagai iklan produk kecantikan, termasuk Ponds. — Agensi
ah!!berita